Sabtu, 23 Januari 2010

Koleksi Bonsai






























Disini dipaparkan sebahagian daripada koleksi bonsai SyahVilla. Saya mula meminati bonsai sejak pertengahan tahun 1980 an, lebih kurang 25 tahun yang lalu. Meski pun sudah lama melibatkan diri dengan bonsai, ini tidak bermakna yang saya sangat mahir dalam bidang ini. Terus terang, saya masih merasa banyak kekurangan diri dan ingin menimba ilmu bonsai dengan lebih mendalam lagi.







































Sebelum ini saya hanya mempelajari ilmu bonsai melalui buku2 yang dihadiahkan oleh isteri dan juga anak-anak sebagai dorongan kepada minat berbonsai. Dengan adanya kemudahan berinternet, sedikit sebanyak telah membantu saya sambil mengenali dari jauh beberapa tokoh bonsai dari merata dunia.
























Selain itu, saya amat mengkagumi Persatuan Seni Bonsai Kelantan (PSBK) yang mempunyai ramai ahli yang sangat aktif dan kreatif. PSBK sering kali menganjurkan aktiviti2 yang bermanfaat seperti pameran/pertandingan bonsai, bonsai race dan juga kutipan2 amal. Ahli2 PSBK turut meluangkan masa dengan berkunjung kerumah rakan2 untuk berkongsi pengalaman mengenai bonsai...…… alangkah baiknya jika terdapat persatuan yang giat seperti ini di Brunei.











































Sebenarnya di Brunei Darussalam, khususnya di daerah Kuala Belait ada ramai orang Melayu yang meminati bonsai. Bagi kaum Cina, memang tidak terkecuali. Tidak dinafikan memang ada peminat-peminat bonsai yang berkunjung ke SyahVilla untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea, tetapi kami disini cuma bergerak secara bersendirian. Saya sangat berharap pada suatu masa nanti akan ada tertubuhnya sebuah persatuan atau Kelab Bonsai Brunei. Pernah saya menyarankan kepada rakan bonsai yang berpengaruh untuk menubuhkan dan sekali gus untuk menerajui kelab bonsai di Brunei namun belum mencapai kata sepakat…mudah-mudahan terbukalah pintu hati rakan2 bonsai ini kelak, Insya Allah aminnnnn………


















































Pokok shu mei ini berusia sekitar 25-30 tahun. Mula dilatih pada Ogos 2009.



















Pasu yang direka khas untuk pokok ini. Dipindah kedalam pasu pada Nov, 2009.

5 ulasan:

Ahmad Farus berkata...

En.Shahviila,
Salam berkenalan,mungkinkah boleh agak nya saya berkunjung ke villa anda?
wassalam tq

Mat Yie berkata...

Salam perkenalan en.syahvilla, mudah2an satu hari nanti kita dapat bersua. Bonsai dapat mengeratkan silaturrahim.

syahvilla.blogspot.com berkata...

Ahmad Farus,
Wsalam, sudah tentu kunjungan sdr dialu2kan. Bila agaknya?

Mat Yie,
Wsalam,Insya Allah saya memang terigin nak jumpa sifu dan menimba ilmu bonsai dgn lbh mendalam dari sifu.

Wisnu J. Saputra berkata...

Salam hormat dan perkenalan yang hangat dari Kami "Forum Komunikasi Lintas Batas". Kami sangat hormat kepada En. Syahvilla yang mendedikasikan diri pada seni bonsai sejak 1980-an. Sungguh suatu masa yang sangat lama, tentunya sudah banyak pengalaman diperoleh. Forum Komunikasi Lintas Batas adalah salah satu member dari Asosiasi Klub Seni Bonsai Indonesia (AKSISAIN. AKSISAIN akan menyelenggarakan deklarasi dan pameran nasional pada tanggal 1-8 Juli 2010 di Monumen Serangan Umum 1 Maret Yogyakarta, Indonesia. Kiranya En. Syahvilla dan rekan lain dari Brunei Darussalam dapat berkenan hadir dalam event tersebut? Sungguh suatu kehormatan bagi Kami jika En. Syahvilla dapat hadir. Salam hormat selalu, "Lintas Batas".

roslee berkata...

Saya juga minat sgt dgn bonsai.saya start tahun 2006 tapi tidak berapa aktif.Masalahnya tak ada guru yg boleh ajar. Cuma ikut dlm buku2 saja. Untuk percubaan, saya ada train satu pokok ficus. kalau di kedah ni, di panggil pokok Jawi atau pokok ara. saya train dlm 3 tahun.Saya akan upload gambar tu kepada sifu Bohori utk nak minta simulasi. mudah-mudahan bonsaikita dpt bagi tips. sy teruja tengok taman Syahvilla sebab setengah org hanya tanam bonsai tapi tidak buat satu taman yg boleh tambah estetika bonsai. saya nak tanya, adakah pasu-pasu tu dibuat oleh syahvilla? klu ya, mungkin ada tips mcm mana cara nak buat.

Lee