Khamis, 28 Januari 2010
The Art of Penjing Creations
A way of bringing the Beauty of Nature into our home
still in process .........approx 25% more
still in process .........approx 15% more
Pelbagai jenis pasu bonsai dan tiang pasu (bonsai stand)
SV-16 (trz)
SV-22 ZK(sq)
SV-23 ZK (sq)
SV-26, SV-24 & SV-23
SV-27 ZK (s1)
SV-29 ZK (s)
SV-29 ZK (sq)
SV-30 (Mr)
SV-31 ZK(s)
ZK (s)
ZK (s1)
ZK (m)
ZK (sq)
ZK-1
ZK-3sq
ZK-4
ZK-5
Sabtu, 23 Januari 2010
Koleksi Bonsai
Disini dipaparkan sebahagian daripada koleksi bonsai SyahVilla. Saya mula meminati bonsai sejak pertengahan tahun 1980 an, lebih kurang 25 tahun yang lalu. Meski pun sudah lama melibatkan diri dengan bonsai, ini tidak bermakna yang saya sangat mahir dalam bidang ini. Terus terang, saya masih merasa banyak kekurangan diri dan ingin menimba ilmu bonsai dengan lebih mendalam lagi.
Sebelum ini saya hanya mempelajari ilmu bonsai melalui buku2 yang dihadiahkan oleh isteri dan juga anak-anak sebagai dorongan kepada minat berbonsai. Dengan adanya kemudahan berinternet, sedikit sebanyak telah membantu saya sambil mengenali dari jauh beberapa tokoh bonsai dari merata dunia.
Selain itu, saya amat mengkagumi Persatuan Seni Bonsai Kelantan (PSBK) yang mempunyai ramai ahli yang sangat aktif dan kreatif. PSBK sering kali menganjurkan aktiviti2 yang bermanfaat seperti pameran/pertandingan bonsai, bonsai race dan juga kutipan2 amal. Ahli2 PSBK turut meluangkan masa dengan berkunjung kerumah rakan2 untuk berkongsi pengalaman mengenai bonsai...…… alangkah baiknya jika terdapat persatuan yang giat seperti ini di Brunei.
Sebenarnya di Brunei Darussalam, khususnya di daerah Kuala Belait ada ramai orang Melayu yang meminati bonsai. Bagi kaum Cina, memang tidak terkecuali. Tidak dinafikan memang ada peminat-peminat bonsai yang berkunjung ke SyahVilla untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea, tetapi kami disini cuma bergerak secara bersendirian. Saya sangat berharap pada suatu masa nanti akan ada tertubuhnya sebuah persatuan atau Kelab Bonsai Brunei. Pernah saya menyarankan kepada rakan bonsai yang berpengaruh untuk menubuhkan dan sekali gus untuk menerajui kelab bonsai di Brunei namun belum mencapai kata sepakat…mudah-mudahan terbukalah pintu hati rakan2 bonsai ini kelak, Insya Allah aminnnnn………
Pokok shu mei ini berusia sekitar 25-30 tahun. Mula dilatih pada Ogos 2009.
Pasu yang direka khas untuk pokok ini. Dipindah kedalam pasu pada Nov, 2009.